YPNM Sabah Sokong Penutupan Sementara Jambatan Tun Fuad Stephen

YPNM Sabah Sokong Penutupan Sementara Jambatan Tun Fuad Stephen

0
SHARE

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah menyokong tindakan menutup sementara Jambatan Jalan Tun Fuad Stephen susulan kerosakan lantai konkrit.

Pengerusinya, David Chan berkata langkah itu wajar demi keselamatan pengguna walaupun menyebabkan kesesakan dan kesulitan.

Keselamatan awam tidak boleh dikompromi dan tindakan pencegahan perlu diutamakan,” katanya.

Beliau menggesa pemeriksaan teknikal menyeluruh dijalankan sebelum jambatan dibuka semula, selain mempercepatkan kerja pembaikan bagi mengurangkan gangguan.

Katanya, maklumat berkala mengenai status pembaikan, laluan alternatif dan tempoh penutupan juga perlu disalurkan kepada orang ramai.

Menurutnya, kejadian itu menjadi peringatan penting terhadap keperluan penyelenggaraan berkala infrastruktur awam.