Penganjuran HBN 2022 Diharap Dapat Diteruskan – Jahid

Penganjuran HBN 2022 Diharap Dapat Diteruskan – Jahid

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berharap agar penganjuran Karnival Sambutan Hari Belia Negara  (HBN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran baru-baru ini dapat diteruskan pada masa depan.

Katanya, penganjuran aktiviti peringkat kebangsaan di luar kota memperlihatkan keterangkuman keterlibatan di antara pucuk pimpinan dan akar umbi khususnya di kawasan luar bandar.

“Penganjuran program di luar kota seperti ini memberikan kesan yang sangat baik.

“Melalui program seperti ini, hubungan yang harmoni antara pemimpin dan bakal-bakal pemimpin semakin rapat kerana adanya satu kerjasama yang terbentuk antara satu sama lain.

“Sehubungan itu, saya berharap agar penganjuran program sebegini di luar bandar akan diteruskan di masa-masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelepasan peserta bagi acara Fun Ride, Fun Walk dan Fun Run sempena Sambutan Karnival Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Jahid turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atas kecemerlangan, penglibatan dan kematangan dalam semua aspek penganjuran HBN pada kali ini.

“Pengisian program HBN menepati deskripsi yang ditetapkan dari segi waktu dan penyertaan yang disusun rapi…

Hadir sama, Pegawai Daerah Tuaran, Shahrin Samsir, Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Putra Jali, Wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah, Shahrin Ibrahim, Presiden Majlis Belia Sabah, Abqaree Fawwaz Abekan dan Presiden Tuaran Youth Club, Mohd Ghazali Hajiji.