Polis Mohon Bantuan Kesan Waris Lelaki Maut Kemalangan di Jalan Tuaran

Polis Mohon Bantuan Kesan Waris Lelaki Maut Kemalangan di Jalan Tuaran

0
SHARE

KOTA KINABALU: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan waris seorang lelaki yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Jalan Tuaran berhampiran Taman Dah Yeh Villa, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Saiful Hisham, 37, dengan alamat terakhir di Taman Muhibah, Kota Kinabalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Karamunsing menuju ke Inanam dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 2.31 pagi.

Sehubungan itu, mana-mana individu yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan warisnya diminta tampil membantu polis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Royston Ubak di talian 016-3130153 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu menghubungi waris mangsa.