AGC Arah PDRM Gali Semula Jenazah Zara Qairina

AGC Arah PDRM Gali Semula Jenazah Zara Qairina

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggali semula jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.

AGC dalam kenyataan harinini berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan awal siasatan penuh yang dikemukakan polis, dan mendapati siasatan lanjut diperlukan bagi memastikan semua aspek kes diselidiki.

Langkah itu bertujuan mendapatkan maklumat serta bukti tambahan untuk melengkapkan siasatan kematian remaja berusia 13 tahun itu.

Laporan awal siasatan diterima AGC di cawangannya di Sabah pada 3 Ogos dan di ibu pejabat Putrajaya pada 4 Ogos.

Zara Qairina meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, selepas ditemui tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar.