Agrobank Agih 1,000 Pek Bubur Lambuk

Agrobank Agih 1,000 Pek Bubur Lambuk

0
SHARE
Agrobank
Fauziah (tengah) semasa menyerahkan sumbangan zakat kepada para penerima ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Agrobank Wilayah Sabah melalui Program Agihan Bubur Lambuk mengagihkan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk sekitar bandaraya ini.

Pengagihan bubur lambuk dengan slogan ‘Kongsi Berkat, Bubur Lambuk’ itu disempurnakan oleh Pengarah Wilayah Agrobank Sabah, Datin Fauziah Abu Bakar Titingan di Masjid Al Falah Kepayan, pada Khamis.

Turut diadakan sesi penyerahan sumbangan zakat kepada 50 penerima kategori asnaf sekitar kawasan Kepayan.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah, Sarman Sidno dan Pengerusi Masjid Al Falah, Abd Malek Chua. — JABATAN PENERANGAN SABAH