AHLI POLITIK MOHON MAAF ISTERI MUNCUL SECARA MENGEJUT DALAM KEADAAN BOGEL KETIKA...

AHLI POLITIK MOHON MAAF ISTERI MUNCUL SECARA MENGEJUT DALAM KEADAAN BOGEL KETIKA MESYUARAT ‘ONLINE ZOOM’

0
SHARE

AFRIKA SELATAN – Seorang ahli politik memohon maaf setelah isterinya berjalan dalam keadaan bogel semasa mesyuarat Parlimen diadakan secara atas talian (online) melalui media platform ‘Zoom’.

Inkosi Xolile Ndevu, anggota Rumah Nasional Pemimpin Tradisional (National House of Traditional Leaders) iaitu sebuah badan yang terdiri daripada 23 pemimpin tradisional di Afrika Selatan, sedang berbincang mengenai kematian yang berpunca daripada pandemik COVID-19 di wilayah Cape Timur semasa mesyuarat pemerintahan dan urusan tradisional pada hari Selasa, 30 Mac baru-baru ini.

Video tular yang banyak dikongsi di media sosial ketika ini menunjukkan Inkosi yang menjelaskan bagaimana Eastern Cape bekerjasama dengan doktor tempatan dalam menangani kes-kes COVID-19 dikejutkan dengan kemunculan isterinya di belakangnya secara mengejut dan tidak dijangka dengan keadaan bogel tanpa seurat benang ditubuh isteri Inkosi.

VIDEO tular yang jelas menunjukkan isteri kepada Ahli Politik Inkosi yang muncul secara mengejut di belakangnya dalam keadaan bogel…
(Sumber Foto: Mail Online)

Terkejut dengan penampilan isteri beliau itu, rakan sekerja Inkosi terketawa ketika Ketua Panitia Faith Muthambi cepat campur tangan menegur insiden memalukan itu.

Dia mengatakan kepadanya: “Inkosi, orang di belakang anda tidak berpakaian dengan betul. Kami melihat semuanya.

“Tolong Inkosi, adakah anda memberitahu dia bahawa anda sedang dalam pertemuan. Ini sangat mengganggu apa yang kita lihat…

“Setiap kali kami bertemu dengan anda, kami melihat gambar-gambar yang tidak teratur ini. Anda ditayangkan di televisyen.”

Inkosi menutup wajahnya dengan tangannya dan meminta maaf: “Saya sangat menyesal. Saya memfokuskan pada kamera dan bukan di belakang saya. Saya sangat malu.”

Malu dengan insiden itu, Inkosi menjelaskan pada hari berikutnya: “Teknologi ‘Zoom’ ini baru bagi kami dan kami tidak pernah dilatih. Rumah kami tidak dibina sehingga kami dapat memiliki privasi untuk pertemuan ini.”

Inkosi menambah bahawa pertemuan itu bermula sekitar jam 7 malam dan akan selesai pada pukul 10 malam, tetapi berlarutan sehingga dia bergerak ke bilik tidur.

Dia turut berkata: “Ketika pertemuan itu berlanjutan setelah jam 10 malam, isteri saya datang untuk menggunakan bilik mandi dan tidak menyedari bahawa saya telah menyiarkan video. Saya minta maaf.”

Sementara itu, Ketua Dewan Pemimpin Tradisional Nasional, Ikosi Sipho Mahlangu mengeluarkan satu kenyataan untuk menggesa orang ramai agar tidak berkongsi rakaman dalam talian tersebut.

Dia berkata: “Penyebaran bahan eksplisit seperti itu yang melanggar maruah pihak yang terlibat dan keluarga mereka tidak menunjukkan rasa belas kasihan dan ‘ubuntu’ (kemanusiaan), yang kita terbiasa sebagai orang Afrika Selatan.”