PUTRAJAYA – Penutup hari terakhir bagi tahun 2020 menyaksikan Malaysia merekodkan angka kes baharu positif COVID-19 tertinggi hari ini selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes melonjak naik dan mencatat kes tertinggi harian setakat ini iaitu sebanyak 2,525 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 113,010 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 23,598 (20.9%) kes.
DARIPADA 2,525 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak 13 Kes import, manakala 2,512 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
KKM turut memaklumkan sebanyak 1,481 KES pesakit telah sembuh hari ini, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 88,941 kes (78.7%).
Menurut KKM juga, sebanyak 131 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 60 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,205 KES, diikuti SABAH sebanyak 299 KES dan JOHOR sebanyak 239 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat LAPAN (8) kes kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 471 kes (0.4%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
