Akibat Dihalau Tidak Bayar Sewa, Seorang Lelaki Membakar Rumah Sewanya

Akibat Dihalau Tidak Bayar Sewa, Seorang Lelaki Membakar Rumah Sewanya

0
SHARE

TAWAU – Seorang dipercayai membakar rumah sewanya sehingga memusnahkan 60 rumah lain di Kampung Titingan, Tawau, ditahan berhampiran lokasi kebakaran, hari ini.

Suspek berusia 47 tahun diberkas sepasukam polis kira-kira 2 pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, dipetik sebagai berkata Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus bahawa, suspek itu membakar rumah kediaman yang disewakan oleh tuan rumah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, penduduk kampung mengatakan api bermula dari rumah yang dihuni oleh suspek.

“Suspek bertindak membakar rumah sewanya kerana berang pemilik rumah berkenaan menghalau suspek akibat tidak membayar sewa,” katanya ketika dihubungi.

Fadil berkata, hasil dari ujian air kencing mendapati suspek yang berusia 47 tahun positif dadah jenis methaphetamine.

“Suspek akan ditahan reman dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api,” katanya.