Rakyat Malaysia Diminta Tangguhkan Perjalanan Ke Sri Lanka

Rakyat Malaysia Diminta Tangguhkan Perjalanan Ke Sri Lanka

0
SHARE

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang merancang untuk melakukan perjalanan ke Colombo, Sri Lanka dinasihatkan untuk menangguhkan hasrat tersebut buat sementara waktu susulan situasi amat tegang di sana.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia menerusi laman webnya mengeluarkan kenyataan itu ekoran perintah berkurung sejak Isnin lalu dan sepatutnya berakhir semalam namun keadaan belum pulih sepenuhnya.

Malah, pasukan keselamatan juga diarahkan menggunakan tindakan kekerasan terhadap individu yang mencetuskan kekecohan termasuk boleh menahan tanpa memerlukan waran tangkap.

“Bagi rakyat Malaysia yang ada perancangan ke Sri Lanka, sila mempertimbangkan untuk tangguh dahulu perjalanan demi mengelakkan kesulitan semasa ketibaan nanti,” katanya.

Kekecohan tercetus susulan tindakan ganas perusuh anti kerajaan membakar rumah bekas Perdana Menteri, Mahindra Rajapaksa dan saudaranya sendiri, Presiden Gotabaya Rajapaksa di Hambatota.

Warga Malaysia yang memerlukan bantuan boleh datang ke Suruhanjaya Tinggi yang terletak di No.45, Rosmead Place, 0007 Colombo pada hari bekerja mengikut waktu pejabat normal.

Canseri diplomatik rasmi Malawakil itu juga boleh dihubungi menerusi talian telefon +9411 7557711 atau faksimile +9411 7557714 atau melalui e-mel mwcolombo@kln.gov.my.