Bekas Teman Lelaki Tembak Mati Pengantin Perempuan Pada Majlis Perkahwinan

Bekas Teman Lelaki Tembak Mati Pengantin Perempuan Pada Majlis Perkahwinan

0
SHARE

MATHURA, INDIA Seorang pengantin perempuan ditembak mati semasa majlis perkahwinannya di Mathura Uttar Pradesh baru-baru ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Kajal dipercayai telah ditembak oleh bekas teman lelakinya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut polis tempatan, tertuduh menjalinkan hubungan dengan wanita itu dan kecewa apabila mangsa berkahwin dengan lelaki lain.

Memetik laporan IANS, bapa mangsa iaitu Khubi Ram Prajapati mendakwa anak perempuannya masuk ke dalam rumahnya selepas upacara kalungan bunga sekitar 1.30 pagi apabila suspek, Aneesh, menembaknya pada bahagian mukanya.

Walau bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dan polis ketika ini masih giat melakukan usaha mengesannya.