TIDAK PERLU CERITA POLITIK, TERUS KERJA SELESAIKAN MASALAH RAKYAT: KM HAJIJI

TIDAK PERLU CERITA POLITIK, TERUS KERJA SELESAIKAN MASALAH RAKYAT: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Hajiji melancarkan Projek Loji Rawatan Air Kogopon Fasa II ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

PAPAR, SABAH – Kerajaan negeri memberi jaminan setiap rancangan projek khususnya pembinaan empangan akan dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pihaknya juga akan memberi keutamaan dalam menumpukan pelaksanaan projek yang telah dirancang.

“Insya-Allah, dalam kerajaan sekarang ini kita bagi keutamaan fokus untuk melaksanakan ini (projek pembinaan empangan). Itu dulu pengumuman kerajaan dulu, mereka banyak cerita politik.

“Sekarang saya tidak banyak cerita politik tetapi kerja untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas lawatannya ke Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon, di sini, hari ini.

Hajiji berkata demikian mengulas mengenai jaminan kerajaan projek pembinaan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan ekoran sebelum ini banyak projek tertangguh.

Dalam pada itu, beliau berkata Empangan Hidroelektrik bernilai RM4 billion akan dibina di Ulu Padas, Tenom sebagai penyelesaian jangka panjang kepada masalah kekurangan air di Sabah.

Dilancarkan pada Oktober, katanya empangan yang dijangka siap pada 2027 akan mempunyai kapasiti 6,000 juta liter sehari (MLD).