Lagu ‘Untukmu’ Kumpulan Feminin Bakal Jadi Runut Bunyi Rasmi Drama Gadis Muzikal

Lagu ‘Untukmu’ Kumpulan Feminin Bakal Jadi Runut Bunyi Rasmi Drama Gadis Muzikal

0
SHARE
Untukmu
Poster kumpulan Angelz lagu 'Untukmu' Versi 2023

KUALA LUMPUR – Kolaborasi antara tiga syarikat terkemuka iaitu Alternate Records Sdn Bhd, Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd, dan Zeel Production Sdn Bhd telah menghasilkan sebuah runut bunyi rasmi untuk drama Gadis Muzika.

Pelakon utama drama ini terdiri daripada Aisha Retno, Fiza Thomas, Khodi, Serene Claire, dan Tika Nasir, atau dikenali sebagai ‘Angelz’ yang juga merupakan penyanyi lagu terbabit.

Lagu ‘Untukmu’ telah mencetuskan satu fenomena yang luar biasa pada satu ketika dahulu daripada kumpulan wanita popular, Feminin, yang terdiri daripada As (vokal utama), Yatie (vokal kedua), Watie, Deq Nor, dan Along (vokal harmoni).

Walau bagaimanapun, ‘Untukmu (Versi 2023)’ telah dinyanyikan oleh Aisha Retno, Fiza Thomas, Serene Claire, dan Tika Nasir atau dikenali sebagai “Angelz” dalam drama Gadis Muzikal.

Selain itu, lagu ini telah mendapat sentuhan istimewa daripada penerbit yang hebat seperti Mas Dewangga dan Jova Devito.

Mereka telah menghasilkan susunan dan nafas lagu ‘Untukmu (Versi 2023)’ agar lagu ini dapat memenuhi selera pendengar moden, menjadikannya lebih relevan untuk semua peringkat umur.

Lagu ‘Untukmu (Versi 2023)’ ini telah dipilih sebagai runut bunyi rasmi untuk drama Gadis Muzikal yang ditayangkan mulai 17 Ogos 2023 pada Khamis sehingga Sabtu, 9 malam di strim ekslusif HD Tonton.

Drama ini mengisahkan kisah lima gadis dengan latar belakang yang berbeza, yang bersaing di dalam pertandingan realiti TV untuk membentuk sebuah trio yang dikenali sebagai kumpulan ‘Angelz.’