Sembilan Motosikal, Dua Kereta Terbakar Di Platinum Apartment Putatan

Sembilan Motosikal, Dua Kereta Terbakar Di Platinum Apartment Putatan

0
SHARE
Motosikal
Sederet sembilan motosikal yang musnah dalam kebakaran subuh tadi ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PUTATAN, SABAH – Sembilan buah motosikal dan dua buah kereta yang diletak di kawasan parkir bawah tanah di Platinum Apartment musnah dijilat api kira-kira 3.40 pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan terlibat setelah sembilan anggota dan pegawai Pasukan Bomba Penampang berjaya memadam api.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 300 kaki dan satu pancutan sumber air dari tangki Jentera LFRT,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 4.25 pagi dan tamat 15 minit kemudian.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian melibatkan kereta Perodua Axia dan Mercedez Benz masih dalam siasatan.