SUNGAI PETANI – Tekanan perasaan dibelenggu masalah hutang selain isteri meninggal dunia bulan lalu menyebabkan seorang lelaki bertindak membunuh tiga anaknya sebelum membunuh diri di kediamannya di Perdana Height, Amanjaya, Sungai Petani, hari ini.
Mayat mereka ditemui jam 1 tengah hari oleh ibu tiri lelaki itu selepas pelik tiga cucunya tidak turun ke tingkat bawah rumah mereka.
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditemui tergantung di dalam bilik tidur di tingkat atas sementara tiga anaknya berusia empat, enam dan lapan tahun di atas katil.
“Mangsa bertindak membunuh anaknya terlebih dahulu sebelum menggantung dirinya.
“Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.