Amalkan “First Principles Thinking” – Dr. Salleh

Amalkan “First Principles Thinking” – Dr. Salleh

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Panglima Dr.Salleh Said Keruak mengajak pemimpin-pemimpin sekolah mengamalkan “First Principles Thinking.”

Katanya, “First Principles Thinking” iaitu kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sukar dan untuk mencetus kreativiti.

“Kita memainkan peranan dalam mencorak generasi akan datang dan saya berharap Kota Belud akan dapat melahirkan generasi muda yang mampu bersaing di mana jua, dan pada bila masa jua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Bicara Pemimpin dan Perhimpunan Bulanan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan, Kota Belud, hari ini.

Dr. Salleh berucap di majlis itu…
Dr. Salleh menyampaikan sumbangan khas di majlis itu…

Salleh turut menyampaikan sumbangan khas beliau dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud, serta melancarkan buku Kumpulan Puisi “Lelaki yang datang dari jauh” karya Norawi Haji Kata di majlis itu.

Dr. Salleh (tengah) melancarkan buku kumpulan puisi karya Norawi Haji Kata (kiri)…