KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir kepada kawasan Pantai Barat Sabah.
Ini termasuk Pedalaman Sipitang, Beaufort dan Kuala Penyu dan juga kawasan bandar, Papar, Penampang, Tuaran, Kota Belud, Pitas dan Kudat.
Amaran yang dikeluarkan 3.05 petang berkata cuaca itu dijangka berterusan sehingga pukul 6 petang hari ini.
