ANAK JATI KENINGAU VICTOR SANJOS KOMANDER ESSCOM BAHARU

ANAK JATI KENINGAU VICTOR SANJOS KOMANDER ESSCOM BAHARU

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama Komander ESSCOM baharu DCP Victor Sanjos (kanan), Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong (tiga kiri), Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali dan bekas komander ESSCOM , DCP Mohd Ali Tamby (kiri) dan DCP Datuk Hamzah Ahmad (dua kiri) selepas itu majlis di Menara Kinabalu hari ini ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan tugas daripada DCP Mohd Ali Tamby kepada DCP Victor Sanjos sebagai Komander Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) baharu.

Mohd Ali yang baru menggantikan DCP Datuk Hamzah Ahmad pada 18 Mei akan bertugas di Kelantan untuk mengambil alih jawatan Victor, sebagai Timbalan Ketua Polis.

Victor, yang berasal dari Apin-Apin, Keningau akan mula bertugas secara rasmi pada 3 Julai akan datang.

Majlis ringkas itu diadakan di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali dan barisan pegawai kanan ESSCOM.