Kes COVID-19 Sabah Naik Semula Hari Ini

Kes COVID-19 Sabah Naik Semula Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu yang direkodkan hari ini ialah 58 kes iaitu 20 kes lebih tinggi daripada kelmarin.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah,Datuk Seri Masidi Manjun berkata, statistik jangkitan harian kembali mencerminkan kedudukan semasa dengan jumlah sampel ujian yang lebih tinggi sebanyak 2028 berbanding 1924 sahaja kelmarin.

“Penampang kembali merekodkan kes dua angka dengan 15 kes baharu (+9) dan Kota Kinabalu juga mencatat jangkitan yang lebih tinggi daripada angka kelmarin dengan 20 kes (+2), Sandakan 9 kes (+6) dan Tawau 5 kes baharu.

“Tidak ada jangkitan dilaporkan di Tawau kelmarin…

“Jumlah daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu bagi tempoh 24 jam yang lalu kekal 19 daerah sementara enam (6) daerah mencatatkan jangkitan baharu satu angka,” katanya dalam rumusan harian kes.

Secara keseluruhan, lapan (8) daerah mencatatkan peningkatan jumlah jangkitan baharu berbanding empat (4) daerah yang mencatatkan penurunan.

Hanya terdaapt satu (1) kes dalam Kategori 4 hari ini manakala yang lain dalam Kategori 1 atau 2 sahaja.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (12 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 20 (18)
Penampang 15 (6)
Sandakan 9 (3)
Tawau 5 (0)
Papar 4 (1)
Beluran 3 (0)
Kalabakan 1 (0)
Kudat 1 (0)
Beaufort 0 (4)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Kota Belud 0 (1)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (0)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)
Tuaran 0 (4)