PNM Gesa Peniaga Elak Kartel dan Pencatutan Sempena Ramadan

PNM Gesa Peniaga Elak Kartel dan Pencatutan Sempena Ramadan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah menggesa peniaga agar tidak membentuk kartel atau mencatut harga menjelang Ramadan, khususnya melibatkan makanan asas dan produk sejuk beku.

Pengerusinya, David Chan, berkata sebarang manipulasi harga tanpa justifikasi adalah pelanggaran serius terhadap hak pengguna dan undang-undang.

“Harga yang adil bukan sahaja satu kewajipan undang-undang, tetapi juga tanggungjawab moral kepada masyarakat,” katanya.

YPNM mengingatkan bahawa tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara bagi individu, dan sehingga RM500,000 bagi syarikat.

YPNM turut menyokong pelaksanaan Ops Pantau 2026 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta menggesa pengguna melaporkan sebarang kenaikan harga mencurigakan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.