KOTA KINABALU, SABAH – Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada Isnin.
Difahamkan, ketika kejadian Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berada di tempat kerjanya.
Pistol miliknya dikatakan tertinggal di rumah dan anaknya dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.
Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kediaman di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah dan turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Pada jam 1.22 petang tadi, pihak polis menerima laporan berhubung mangsa seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 14 tahun itu.