Tiket Penerbangan RM500 Hangus Tersilap Lihat Masa Sistem 24 Jam

Tiket Penerbangan RM500 Hangus Tersilap Lihat Masa Sistem 24 Jam

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Netizen di laman media sosial Facebook memberikan reaksi ketawa kepada pengalaman pahit adik seorang pengguna yang rugi kira-kira RM500 dalam bentuk tiket penerbangan setelah ketinggalan pesawat kerana tersilap melihat masa sistem 24 jam.

Mohd Hisham Romel mendakwa bukan adiknya seorang sahaja yang tersilap masa penerbangan 1.15 pagi Sandakan ke Kuala Lumpur ditawarkan syarikat Air Asia, tetapi berlaku juga kepada individu lain.

“Bila cek hari ni harga tiket RM 1.2k one way…

“Masyallah! Kepada kawan-kawan yang balik kampung semak betul-betul tiket penerbangan.

“Jangan sampai macam kes adik aku ni terlupa tengok waktu penerbangannya,” nasihatnya.

Pas masuk (boarding pass) tidak kesampaian untuk digunakan telah dikongsikan oleh abang mangsa…

“Moga kalian selamat sampai di tempat yang dituju, Allahuma Amin!” tambahnya.

Katanya semua pelajar Universiti Islam Selangor telah kembali ke asrama namun adiknya, nampaknya terpaksa menambah cuti.

“Boleh kau temankan dulu Abang mu ni,” lawak beliau.

Komen netizen dalam postingan awam itu mendoakan agar urusan yang terbabit dipermudahkan.

Ada beberapa yang mengaku pernah menjadi mangsa keadaan sama manakala ada yang menegaskan bahawa masa penerbangan komersial akan sentiasa menggunakan sistem masa jam 24 jam.

Postingan itu mendapat 2,100 reaksi setakat malam Selasa.