Anak Kucing 4 Telinga Ramai Peminat Di Instagram

Anak Kucing 4 Telinga Ramai Peminat Di Instagram

0
SHARE

ANKARA, TURKI – Seekor anak kucing yang lahir istimewa dengan memiliki empat telinga menjadikan ia binatang yang paling popular di media sosial terutamanya Instagram ketika ini.

Ini selepas akaun Instagram pemilik haiwan berkenaan iaitu Canis Dosemeci mempunyai puluhan ribu peminat sejak dibuka dan diaktifkan tiga minggu lalu.

Menurut Dosemeci yang dipetik portal berita Mail Online baru-baru ini, kucing istimewa itu yang diberi nama Midas mempunyai lebih 19,000 peminat di laman sosial tersebut.

Anak kucing yang berumur empat bulan dan berwarna hitam itu mempunyai empat telinga ekoran masalah mutasi genetik.

Ia menghabiskan masa bermain dengan dua ekor anjing Labrador milik keluarga Dosemeci.

Dua ekor anjing itu menyayangi anak kucing istimewa tersebut dan tidak bergaduh ketika tinggal di rumah wanita tersebut.

Ibu anak kucing itu ialah haiwan terbiar dan ia melahirkan Midas serta enam lagi anak haiwan itu di sebuah taman milik seorang rakan wanita berkenaan.

Dosemeci kemudian mengambil Midas dan menjaga anak haiwan itu.

Tambahnya lagi, kucing itu kelihatan sihat namun ia akan menjalani pemeriksaan bagi memastikan tidak ada lagi mutasi genetik berada pada tubuh haiwan tersebut.