TAWAU: Seorang anggota bomba mengalami sesak nafas ketika cuba memadamkan kebakaran yang berlaku di Kampung Sentosa, di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, dilaporkan empat buah rumah jenis separuh kekal bersama sebuah kereta Toyota Hilux telah terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggila kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.49 pagi.
“Sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 2 kilometer (KM).
“Dua buah rumah terbakar 100 peratus, manakala dua lagi terbakar 90 peratus dan Toyota Hilux terbakar 20 peratus.
“Operasi pemadaman oleh 34 anggota dari BBP Tawau telah menggunakan dua aliran, empat pancutan dancbantian dari bomba komuniti Kampung Titingan dengan menggunakan satu aliran, satu pancutan.
“Manakala sumber air dari W. Tanker bomba dan hydrant serta paip air milik Jabatan Air,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Katanya, ketua operasi turut melaporkan terdapat seorang anggota, iaitu lelaki berusia 51 tahun mengalami sesak nafas telah menerima rawatan dari pihak ERMS.
Operasi kemudian terkawal dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.31 tengah hari.






