Lelaki OKU Maut, Tangan Kaki Diikat, Mulut Disumbat Kain Ketika Dirompak

Lelaki OKU Maut, Tangan Kaki Diikat, Mulut Disumbat Kain Ketika Dirompak

0
SHARE

PERMATANG PAUH: Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) ditemukan maut dipercayai menjadi mangsa bunih dalam rompakan sebuah rumah di Guar Perahu, di sini dalam kejadian pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris berkata, tangan dan kaki mangsa yang berusia 40 tahun telah diikat, manakala mulutnya disumbat dengan kain. 

Polis turut menahan seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan, lapor media semalam.

Katanya, Balai Polis Kubang Semang telah menerima maklumat daripada lelaki pemilik rumah berusia 80-an yang memaklumkan rumahnya berada dalam keadaan berselerak, manakala isteri dan anaknya diikat tangan, kaki serta mulut.

“Pada jam lebih kurang 6.30 pagi, pengadu yang tidur di bilik berasingan bangun daripada tidur dan ke bilik isterinya berumur 70-an, mendapati tangan dan kaki isterinya diikat mengunakan ‘cable tight’, manakala mulut disumbat dengan kain beserta pita pelekat hitam dalam keadaan cedera luka di jari kanan.

“Pengadu kemudian membuat pemeriksaan di bilik anaknya yang berumur 40-an juga didapati tangan dan kaki diikat dan mulut disumbat dengan kain menggunakan pita pelekat, berada di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bukit Mertajam di tempat kejadian dan dihantar ke Unit Forensik Hospital seberang Jaya untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Tambah beliau, siasatan lanjut polis mendapati dua suspek lelaki bersenjatakan parang telaj masik ke dalam rumah mangsa yang kemudian bertindak mengikat isteri dan anak pengadu.

Dua lelaki itu seterusnya menggeledah bilik mangsa dan mengambil wang tunai serta sebuah televisyen sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan.

Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 40-an bagi membantu siasatan.

Hasil semakan rekod lampau turut mendapati suspek mempunyai lima kes jenayah selain lima kes dadah dan kes kini disiasat mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan.