PAPAR, SABAH – Seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik ketika memadamkan kebakaran rumah yang memusnahkan struktur 50×40 kaki di Kampung Sabok, Kinarut, di sini, semalam.
Mohd Qayyum Hamzah, 26, dikejarkan ke hospital dengan menggunakan kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kejadian 12 tengah hari itu.
“Api berjaya dipadamkan dengan dua pancutan air yang bersumberkan jentera bomba.
“Tiga belas pegawai dan anggota Balai Bonba dan Penyelamat (BBP) Papar berada di tempat kejadian kira-kira 20 kilometer dari balai itu,” kata seorang jurucakap bagi agensi.
Menurut Ketua Balai, PPGB Rozlan Osman, anggota terbabit berada dalam keadaan stabil.
Keadaan terkawal pada jam 12.37 tengah hari berakhir dan berakhir dua jam kemudian.





