KUANTAN – Seorang lelaki, Muhammad Amirul Iswad telah menggantung dirinya di dalam bilik dengan menggunakan tali jerut di sebuah rumah di Felda Bukit Kuantan.
Mangsa yang berusia 22 tahun itu ada memuat naik beberapa status di laman sosial sebagai meluahkan perasaannya sebelum dipercayai membunuh diri akibat kecewa kehilangan insan yang dicintai dan sebelum itu.
Status yang dimuat naik pada 6 Jun, Amirul mendedahkan bagaimana kehidupannya mula berubah menjadi lebih baik selepas meninggalkan tabiat-tabiat buruk.
Perubahan yang dikatan itu semua berpunca daripada kehadiran bekas kekasihnya yang kerap memberi sokongan moral dan dorongan baik kepadanya.
Namun, dia mendakwa dirinya sebagai ‘lelaki yang bodoh’ kerana ditinggalkan kekasihnya itu hanya kerana sesuatu perkara yang tidak wajar.
Dua hari selepas itu, mangsa memuat naik status “mati” seolah-olah memberi maksud yang dia bakal bunuh diri akibat terlalu sedih.
Di laman sosial, terdapat seorang netizen mengakui pernah berhubung dengan Amirul kerana bimbang akan keselamatan diri lelaki itu selepas membaca status-status yang dikongsikan tetapi Amirul nekad untuk membunuh diri.
Apa yang lebih menyedihkan apabila ada segelintir netizen menyalahkan ahli keluarga mangsa akibat tekanan yang dihadapinya lalu kakak mangsa memohon agar netizen berhenti memberi komen negatif sebagai menghormati adiknya yang telah pergi.
Amirul berulang kali meluahkan perasaan untuk membunuh diri namun tiada siapa yang ambil peduli sehinggalah pemuda itu benar-benar melakukannya.