Polis Serbu Premis Judi Dan Pelacuran Disebalik Rumah Kedai

Polis Serbu Premis Judi Dan Pelacuran Disebalik Rumah Kedai

0
SHARE

PETALING JAYA – Taktik tauke judi berselindung di sebalik rumah kedai yang kelihatan sentiasa ditutup gagal memperdayakan pihak berkuasa apabila diserbu polis dalam satu operasi di Dataran Mentari di sini petang kelmarin, Selasa.

Memetik laporan Kosmo Online, dalam serbuan pada pukul 5.50 petang itu, sepasukan anggota polis D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menyerbu premis berkenaan dan menahan beberapa individu yang sedang leka berjudi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menahan seorang lelaki penjaga premis dan empat pemain judi termasuk dua wanita dari Indonesia dan Sri Langka.

“Dalam Ops Dado Online ini, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM250, 20 set komputer dan satu set komputer kawalan utama,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Antara suspek pelacur wanita yang ditahan – Sumber Foto; Kosmo Online

Menurut Mohd. Zani, satu lagi operasi membanteras kegiatan pelacuran turut dilakukan pihak berkuasa petang tadi di kawasan tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis menyerbu sebuah lagi premis yang disyaki menjalankan kegiatan persundalan dan berjaya menahan dua lelaki tempatan dna Indonesia serta tujuh lagi wanita Vietnam.

“Dalam serbuan ini, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM110 dan lima keping kondom serta seorang pelanggan warga India,” ujarnya.