PENAMPANG: Seorang ibu memohon bantuan orang ramai selepas telefon bimbit anaknya hilang dipercayai diambil oleh seekor anjing di kawasan parkir Kepayan Point dekat Smart Bike kira-kira jam 1 pagi, baru-baru ini.
Menurut Eyma Pae, anak lelakinya keluar sebentar untuk ke tandas dan meletakkan telefonnya di atas kereta. Disebabkan sibuk mengeluarkan barang, beliau terlupa mengambil semula telefon tersebut.
“Pagi tadi saya perasan telefon hilang ketika mahu pergi kerja. Anjing yang berada di situ dipercayai mengambil telefon itu, dan saya perasan sebuah kereta Axia berwarna putih berhenti di tempat kejadian sebelum anjing itu pergi,” katanya dalam catatan di Facebook, yang dikongsi di kumpulan Penampang Voices.
Eyma berharap pemilik kereta Axia berkenaan dapat menghubunginya untuk memulangkan telefon tersebut, yang sangat penting bagi keluarganya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi beliau di talian 011-28048592.
Beliau juga memohon agar perkongsian ini disebarkan luas supaya pemilik kereta atau sesiapa yang mengetahui mengenai kejadian ini dapat tampil membantu.
Beliau turut berkongsi rakaman CCTV yang memaparkan dua ekor anjing berhampiran telefon di atas kaki lima serta seorang lelaki yang berada di kereta Axia berwarna putih.






