PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan satu sesi pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, semalam.
Anwar berkata, beliau menghargai kesudian bekas Perdana Menteri itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya berkaitan pelbagai isu semasa.
“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” katanya…
Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran berserta foto sesi pertemuan tersebut yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau.





