KENINGAU, SABAH – Dua buah rumah pekerja Kilang Kayu Fokus di Kampung Patikang sini musnah dalam kebakaran kira-kira pada jam 8 pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan rumah yang terlibat adalah jenis tidak kekal berkeluasan 45×50 dan 50×50 kaki persegi.
“Tindakan pasukan bomba membuat operasi pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki tiga pancutan sumber air dari jentera dan air terbuka.
“Operasi terkawal pada jam 9.17 pagi dengan kerja ‘overhaul’ turut dijalankan,” katanya dalam sebuah kenyataan tadi.
Tiada mangsa terlibat dan operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 10.36.