PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah menerima kunjungan hormat Bilal Erdogan, anak kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Memetika sumber Berita Harian, Anwar berharap kunjungan itu akan terus mengeratkan hubungan di antara Malaysia dan Turki.
“Meraikan saudara Bilal Erdogan semalam yang membuat kunjungan ke Kuala Lumpur. Insya Allah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turki terus dipererat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu pautan berserta foto sesi pertemuan terbabit dalam laman media sosial rasmi Facebook.