Ciapan Twitter PM Iktiraf UEC Adalah Palsu

Ciapan Twitter PM Iktiraf UEC Adalah Palsu

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan menafikan memberi sebarang pengiktirafan mahupun kelulusan terhadap Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman media sosial rasmi Facebook menjelaskan dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kelulusan itu menerusi satu akaun media sosialnya adalah tidak benar.

Sebaliknya, menurut kenyataan itu terbabit, akaun yang menyatakan kandungan sedemikian dan dicipta menyerupai akaun media sosial Anwar merupakan akaun palsu.

“JPM ingin merujuk kepada posting (hantaran) yang tular di media sosial khususnya di Twitter bertajuk ‘pengiktirafan UEC akan dibincangkan di peringkat kementerian dan usul ini akan diluluskan kelak oleh Kerajaan Perpaduan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan’.

“Maklumat melalui akaun media sosial itu adalah palsu…

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” jelas dalam kenyataan terbabit.