
KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari.
Pesawat khas Airbus-320 yang membawa rombongan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 9.30 malam, pada Rabu.
Hadir menyambut ketibaan beliau ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.
Anwar dijadual menghadiri acara rasmi di Tenom dan Penampang sebelum meneruskan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan hari ini. — JABATAN PENERANGAN SABAH