Menurut satu laporan Forbes,ia bukan masa yang baik untuk membeli mana-mana model iPhone 14.
Apple telah pun mengeluarkan dua kemas kini kecemasan setelah terjejas oleh banyak pepijat (bugs) semasa pelancaran.
Tetapi masalah terus datang, katanya.
“Isu terkini memberi kesan kepada panggilan telefon dan pemindahan data CarPlay, dan Apple telah mengakui dua ‘bugs’ berbeza…
“Pertama, CarPlay, di mana pemilik semua model iPhone 14 melaporkan bahawa kualiti panggilan telefon dan tahap volum adalah sangat lemah,” katanya.
Sumber itu berkata rata-rata pada media sosial, aduan seperti “hampir tidak dapat mendengar saya di CarPlay seolah-olah saya sedang berbisik” dan “Bluetooth mereka berkata ia lebih kuat tetapi bunyi seperti saya berada dalam terowong angin dan masih sukar untuk didengari” adalah kerap.
Laporan itu merakam kekecewan pengguna iPhone 11 Pro Max pada Sabtu (25 Sept).
“Jelas sekali ini adalah isu dengan telefon/iOS baharu tetapi apa yang boleh saya lakukan mengenainya? Saya sudah bermain-main dengan semua tetapan volume yang saya dapati,” kata seseorang pengguna.
Terdapat laporan bahawa masalah itu dikurangkan, jika tidak diperbaiki sepenuhnya, oleh iOS 16.0.2.
Jadi, secara tidak rasmi sekurang-kurangnya, Apple nampaknya menyedari isu itu.
Walaupun Apple masih belum mengulas mengenai perkara ini, ia telah mengesahkan masalah baharu dengan pemindahan data ke iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.
Dalam memo dalaman yang diperoleh MacRumors, syarikat itu mengakui bahawa model iPhone 14 Pro mungkin terhenti apabila pemilik memindahkan data mereka daripada iPhone yang lebih lama.
“Ini berlaku dalam dua cara berbeza: menggunakan pemulihan iCloud, atau pemindahan data semasa proses Mula Pantas (Quick Start).”
Apple mengesyorkan pemilik memaksa memulakan semula (restart) iPhone mereka jika peranti tidak bertindak balas selama lima minit atau lebih.
Pada masa ini tidak diketahui sama ada sebarang data mungkin rosak akibat penggunaan cara tersebut.
Gabungkan isu ini dengan pepijat pada iOS 16 dan nampaknya pengguna awal sekali lagi membayar untuk semangat mereka.
Dua pembetulan pepijat iOS 16 khusus telah pun dikeluarkan hanya lapan hari selepas ketibaannya, dan anda boleh menjangkakan lebih banyak lagi akan menyusul.





