Arab Saudi Sahkan Kes Pertama Varian Omicron

Arab Saudi Sahkan Kes Pertama Varian Omicron

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

RIYADH, ARAB SAUDI – Arab Saudi mengesahkan kes pertama varian baharu yang membimbangkan iaitu Omicron daripada seorang warga tempatan yang baharu pulang dari Afrika Utara.

“Satu kes varian Omicron dikesan di Arab Saudi daripada warganegara yang pulang dari negara Afrika Utara…

“Individu itu kini diasingkan dan langkah keselamatan sudah diambil,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi yang dipetik AFP.

Arab Saudi minggu lalu membatalkan penerbangan dari TUJUH (7) negara Afrika Selatan, namun penerbangan dari Afrika Utara tidak terjejas.

Negara berkenaan mula melonggarkan sekatan dan membenarkan solat berjemaah tanpa perlu penjarakan fizikal bermula Oktober lalu.