TENOM, SABAH – ARMADA BERSATU Negeri Sabah tampil berkongsi bagi meringankan bebanan saudara-saudara yang dilanda musibah banjir.
Rombongan ARMADA yang diketuai oleh Naib Ketuanya Rafie Robert itu menyampaikan sumbangan berupa pakaian, air minuman, bekalan makanan dan barang penjagaan kebersihan diri.
Turut sama dalam rombongan itu ialah biro Strategi dan Kepimpinan ARMADA Nasional Johainizam Johari, Biro Ekonomi ARMADA BERSATU Negeri Muhammad Affan Jumahat dan beberapa ahli ARMADA BERSATU Negeri Sabah.
Menurut Muhamad Affan, usaha itu adalah usaha berterusan dari ARMADA untuk terus mendekati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi dikala dilanda musibah.
“Kita (ARMADA) sentiasa fokus dalam gerak kerja selaras dengan matlamat perjuangan parti yang ingin menyantuni rakyat dan berkongsi dengan apa yang kita mampu bersama mereka khasnya semasa musibah sebegini berlaku…
“Perjuangan ARMADA tidak akan terhenti dan tertumpu untuk membawa suara anak muda sahaja, malah kita juga mahu semua kebajikan dan keperluan rakyat, yang memerlukan kita dapat kita bawa ke peringkat atasan demi memastikan suara rakyat, kehendak rakyat dan keperluan rakyat dapat kita realisasikan,” jelas Affan.