AS: Amerika Syarikat dimaklumkan bahawa Israel bersedia sepenuhnya melancarkan operasi ketenteraan ke atas Iran, menurut sumber CBS News.
Sebagai langkah berjaga-jaga, AS telah mengarahkan pegawai bukan kecemasan keluar dari Iraq dan membenarkan keluarga tentera keluar secara sukarela dari Timur Tengah, berikutan kebimbangan terhadap serangan balas Iran.
Presiden Trump menyatakan rundingan nuklear dengan Iran masih diteruskan, tetapi menegaskan AS tidak akan membenarkan Iran membina senjata nuklear.
Dalam masa sama, Menteri Pertahanan Iran memberi amaran bahawa jika konflik tercetus, semua pangkalan AS di rantau itu akan disasarkan.
Ketegangan turut mempengaruhi keselamatan laluan perdagangan minyak utama seperti Teluk Parsi dan Selat Hormuz, dengan pihak berkuasa maritim UK menasihatkan kapal agar berhati-hati.
Sementara itu, usaha rundingan masih berdepan cabaran. Iran berkeras mempertahankan hak memperkayakan uranium, manakala Trump menolak sebarang kompromi.
Data terkini menunjukkan Iran hampir mencapai tahap pengayaan uranium untuk senjata nuklear.






