Aziz Taip Tinggalkan Warisan, Hilang Keyakinan Pada Kepimpinan Shafie

Aziz Taip Tinggalkan Warisan, Hilang Keyakinan Pada Kepimpinan Shafie

0
SHARE

KOTA KINABALU: Abd Aziz Taip menggegarkan Warisan apabila mengumumkan keluar parti dan meletakkan semua jawatan serta-merta, termasuk Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian Sipitang.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas hilang keyakinan terhadap hala tuju parti di bawah Datuk Seri Shafie Apdal.

Aziz, yang pernah lantang mengkritik isu Sabah Forest Industries (SFI) ketika Warisan berkuasa, menegaskan retorik “Selamatkan Sabah” tidak pernah diterjemah kepada tindakan. 

“Keputusan banyak dipengaruhi dendam politik, bukan masa depan Sabah. Jika Warisan kembali memerintah, saya bimbang Sabah akan lebih rosak,” katanya.

Katanya, beliau memilih menyertai PKR kerana yakin dengan komitmen Kerajaan Perpaduan dan PMX dalam tuntutan 40 peratus hasil Sabah.

“Perjuangan Sabah mesti berasaskan tindakan, bukan slogan,” tegasnya.

Beliau berkata perjuangannya untuk Sabah tidak berubah, hanya berpindah ke platform yang lebih diyakininya.