KOTA KINABALU, SABAH – Lebih daripada 100 bendera, poster dan banting calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) P.172 Kota Kinabalu, Yee Tsai Yiew telah dirosakkam dipercayai akibat perbuatan khianat.
Kebanyakkan daripada bahan kempen tersebut telah dikoyakkan, bendera dipatahkan dan poster diconteng.
Yee meluahkan rasa sedih dengan kejadian tersebut dan merasakan ia adalah tindakan khianat.
“Saya berasa sangat kecewa dengan tindakan orang yang tidak bertanggungjawab ini…
“Namun begitu, saya anggap ianya satu cabaran ketika berkempen dan ini tidak sedikit pun mematahkan semangat saya dan jentera parti untuk meneruskan kempen pada Pilihan Raya ke-15 (PRU-15).
“Kita kena matang dalam berpolitik dan biarlah pihak yang berwajib mengambil tindakan susulan,” katanya.
Yee turut memaklumkan bahawa laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dibuat dan pihak mereka akan mengambil tindakan lanjut.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Parlimen Kota Kinabalu menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Yeo Yan Yin@ Amanda (Warisan), Winston Liaw Kit Siong (PKDM), Chan Foong Hin (PH), Yee Tsai Yiew (GRS) dan Marcel Jude (Bebas).
Keadaan poster, bunting dan bendera calon Gabungan Rakyat Sabah dirosakkan disekitar kawasan Kota Kinabalu.