Bangunan 12 Tingkat Runtuh Berhampiran Pantai Miami, Nasib 99 Penghuni Belum Diketahui

Bangunan 12 Tingkat Runtuh Berhampiran Pantai Miami, Nasib 99 Penghuni Belum Diketahui

0
SHARE

MIAMI – Bangunan 12 tingkat runtuh di Surfside, Florida pada Khamis yang mana telah menyebabkan seorang mati, 10 orang cedera dan hampir 100 orang masih lagi belum dijumpai dalam runtuhan yang berlaku di bangunan berhampiran Pantai Miami (Miami Beach) itu.

Sebilangan penduduk yang tidak diketahui dikhuatiri tertidur di bangunan 12 tingkat, di bandar Surfside, ketika keruntuhan yang  menyebabkan sebahagian besarnya menjadi runtuh, sehingga mendedahkan bahagian dalam pangsapuri yang kotor.

“Satu sisi bangunan jatuh sepenuhnya. Ia sudah tidak ada lagi,” kata Nicolas Fernandez, 29, seorang warga Argentina di Miami yang masih belum mendengar kabar dari rakan-rakan yang bermalam di unit keluarganya di bangunan itu.

Pengarah Jabatan Polis Miami-Dade, Freddy Ramirez, berkata pihaknya setakat ini tidak memperoleh sebarang perkembangan makluman mengenai 99 orang penghuni yang berkemungkinan berada dalam bangunan itu ketika ia runtuh.

“Itu mungkin kerana alasan yang berbeza, kami masih di tahap awal,” kata Freddy Ramirez, pengarah Jabatan Polis Miami-Dade, pada sidang akhbar.

Penolong Ketua Bomba dan Penyelamat Miami-Dade, Ray Jadallah, berkata pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi sebelum membantu mengeluarkan 35 orang dari bangunan itu.

Menurut Ray, kira-kira 55 unit di pangsapuri itu terjejas akibat runtuhan tersebut.

Sementara itu, Datuk Bandar Surfside iaitu Charles Burkett mengatakan sebab-sebab keruntuhan masih belum jelas dan masih dalam siasatan.

“Sepertinya bom meletup, tapi kami yakin bom tidak meletup, jadi itu sesuatu yang lain,” kata Burkett.