Banyak Pihak Cipta Berita Palsu Untuk Kepentingan Peribadi – Ketua Penerangan Parti...

Banyak Pihak Cipta Berita Palsu Untuk Kepentingan Peribadi – Ketua Penerangan Parti Dalam PN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua-Ketua Penerangan Parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyeru seluruh lapisan masyarakat meneliti siri penjelasan yang diberikan oleh pihak Kerajaan mengenai situasi terkini.

“Terlalu banyak pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan peribadi dan untuk menyelamatkan diri, termasuklah dengan mencipta berita-berita palsu dan mengeksploitasi situasi semasa melalui media sosial…

“Rakyat mesti peka dengan gerak kerja yang tidak bertanggungjawab ini, dan sentiasa merujuk kepada sumber-sumber yang sahih untuk mengetahui situasi yang sebenar,” kata mereka dalam sebuah kenyataan.

Mereka berkata lagi tumpuan seharusnya dikembalikan kepada usaha menjaga kesihatan rakyat dan membina semula ekonomi negara melalui pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional yang telah dirangka oleh Kerajaan.

Kami menjunjung kasih atas titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti yang dizahirkan baru-baru ini…

“Titah KDYMM Tuanku memperlihatkan iltizam Baginda mahu memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti-parti dalam kerajaan serta ahli-ahli parlimen yang telah dengan tuntas menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Kabinetnya untuk terus memimpin negara mendepani cabaran COVID-19.

“Ini adalah keutamaan sebenar negara pada waktu ini, demi kebaikan rakyat keseluruhannya,” tegas mereka.

Mereka sebagai jentera penerangan parti-parti dalam kerajaan, juga berikrar untuk terus membantu Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pucuk pimpinan semua parti menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan terutama dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin…

Barisan ini terdiri dari Datuk Wan Saiful Wan Jan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Kamaruzaman Mohamad dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Chin Vui Kai, Parti Maju Sabah,

Jeffrey Kumin, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Koo Shiaw Lee, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk V Gunalan, Malaysian Indian Congress (MIC),

Chan Quin Er, Malaysian Chinese Association (MCA), Yong Li Na, Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Julita Majungki, Parti Bersatu Sabah (PBS),

Datuk Idris Buang, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Wilfred Nissom, Parti Rakyat Sarawak dan Adam Yii dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).