RANAU, SABAH – Seorang wanita yang memandu kenderaan Perodua Kancil dan dua orang kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun cedera parah selepas bertembung dengan sebuah Bas Express berhadapan SK Nalapak di sini pagi kelmarin.
Mangsa wanita dalam kejadian kira-kira 11.20 pagi itu dikenal pasti sebagai Marlin Markos.
Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menyatakan ketiga-tiga penumpang kenderaan Kancil itu dikejarkan ke Hospital Ranau oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.
“Manakala pemandu bas express terbabit, Avelinus Wong @ Anuar Wong, 64, berserta 42 orang penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Setelah memastikan tiada lagi keberbahayaan lain di lokasi, sepasukan tujuh anggota diketuai PBK II Wasli Saupin menamatkan operasi pada jam 12.10 tengah hari,” kata seorang jurucakap agensi.