TAWAU, SABAH – DUA (2) bot kargo tempatan yang bergerak bersama di timur laut berhampiran Kuala Sungai Melayu sini ditahan membawa kerana tong gas tanpa lesen kira-kira 5 petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata mereka dikesan dari arah Sungai Tawau menuju ke Pulau Sebatik semasa rondaan Ops Sejahtera aset Maritim Malaysia.
“Mencurigai pergerakan tersebut, pemeriksaan dilakukan ke atas salah sebuah bot kargo yangdikendalikan seorang tekong lelaki warga tempatan berusia 55 tahun…
“Pemeriksaan menyeluruh ke atas bot tersebut telah menemukan lima tong gas LPG yang disembunyikan di bawah timbunan kotak polistren di dalam bot kargo tersebut.
“Tekong tersebut gagal mengemukakan dokumen berkaitan barangan kawalan yang dibawa,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Seorang tekong warga tempatan berumur 49 tahun mengendalikan bot kargo yang kedua.
“Pemeriksaan berasingan menemukan muatan barangan runcit serta 22 tong gas LPG berisi yang disembunyikan di ruang tertutup dalam bot kargo tersebut…
“Pemeriksaan dokumentasi juga mendapati tekong gagal mengemukakan lesen bot serta dokumen berkaitan barangan kawalan yang dibawa.
“Kedua-dua tekong serta bot dan muatan seterusnya diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau untukdiserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia,” katanya.
Shahrizan berkata anggaran kesemua barangan termasuk bot bernilai RM 80 ribu.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002.





