Bayi Dua Hari Diselamatkan Saat Pokok Tumbang Hancurkan Rumah di Sandakan

Bayi Dua Hari Diselamatkan Saat Pokok Tumbang Hancurkan Rumah di Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN: Sebuah rumah di Kampung Nanas, Jalan Karamunting, dihempap pokok tumbang kira-kira jam 7 pagi Isnin, namun seorang bayi berjaya diselamatkan pada saat terakhir.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan, lima penghuni berada di dalam rumah, termasuk dua orang dewasa, dua kanak-kanak berumur enam dan empat tahun, serta bayi berusia dua hari.

Ketua keluarga sempat menyelamatkan bayi tersebut dari buaian sebelum pokok tumbang menimpa sebahagian rumah dengan tiada kecederaan dilaporkan.

Pasukan APM bersama agensi penyelamat lain menjalankan kerja pembersihan dan siasatan awal.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada terhadap cuaca buruk serta risiko pokok tumbang, terutamanya ketika musim hujan dan angin kencang.