Bazar Ramadan KKIA Dibuka Sepanjang Ramadan

Bazar Ramadan KKIA Dibuka Sepanjang Ramadan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini petang kelmarin.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian (MID) telah berkunjung ke 33 gerai jualan yang menjual makanan, minuman dan kraftangan tempatan.

Beliau berkata, ini memberikan peluang kepada para usahawan tempatan untuk menjana pendapatan yang lebih.

Dr. Joachim (dua dari kiri) sedang melihat produk keluaran tempatan semasa mengadakan Kunjungan ke gerai Bazar Ramadan, KKIA…

Hadir sama ialah Pembantu Menteri, Mohd. Tamin Zainal; Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin; Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tseu Kei Yue; dan para pegawai lain.

Bazar Ramadan ini turut dihadiri Duta Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah, Maya Hejnowska.

Program Bazar ini merupakan kerjasama antara MID, DIDR, SEDCO, SEDCOVEST dan Malaysia Airport Berhad (MAB).

Dr. Joachim (kanan) memegang produk batik tempatan bersama Maya semasa berada di gerai Batik Sabah, Bazar Ramadan, KKIA…

Dr. Joachim mengucapkan tahniah atas penganjuran program ini dan menjemput orang ramai berkunjung ke bazar ini yang diadakan selama sebulan sehingga 2 Mei.

Beliau juga menyeru agar rakyat Sabah terus menyokong membeli barangan buatan Sabah…

Selepas itu, Dr. Joachim turut menghadiri majlis berbuka puasa bersama para tetamu yang hadir.