Seorang Pengetua Di Indonesia Bertunang Dengan Pelajar Sendiri

Seorang Pengetua Di Indonesia Bertunang Dengan Pelajar Sendiri

0
SHARE
Pengetua sekolah di Indonesia bertunang dengan muridnya...

JAKARTA, INDONESIA – Tular di media sosial baru-baru ini di mana seorang pengetua di sebuah sekolah tahfiz di Indonesia dan pelajarnya telah bertunang.

Menurut pemuda itu M. Fajrul Islam 26, kisah cinta diantara mereka berdua bermula apabila beliau ternampak gambar Dila Santika, 19 di poster sekolahnya pada tahun 2019.

“Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya,” katanya…

Tambah Fajrul, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang.

“Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami,” ujarnya.

Setelah sekian lama menaruh perasaan terhadap Dila, Fajrul kemudian mendapat restu kedua-dua ibu bapa gadis itu serta pihak sekolah.

Tanpa berlengah Fajrul lantas memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mereka terus bertunang.

“Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.