Rumah Kampung Gentisan Roboh, Dua Sekeluarga Selamat

Rumah Kampung Gentisan Roboh, Dua Sekeluarga Selamat

0
SHARE
Gentisan
Mangsa dibantu penduduk setempat ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Dua sekeluarga selamat apabila rumah atas air mereka di Kampung Gentisan, Sepanggar roboh secara mengejur sekitar jam 2.51 pagi Isnin lalu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata rumah berkeluasan 20×30 kaki itu roboh akibat struktur rumah yang tidak kukuh.

“Terdapat dua orang mangsa sekeluarga berada di dalam rumah berjaya keluar dengan sendirinya dan dilaporkan dalam keadaan selamat.

“Pemeriksaan dikawasan kejadian untuk memastikan tiada lagi keberbahayaan lain dijalankan sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.03 pagi,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Katanya seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bertindak ke lokasi bersama tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lima anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).