Belanjawan 2026: ‘Doakan semuanya selamat’ – Anwar

Belanjawan 2026: ‘Doakan semuanya selamat’ – Anwar

0
SHARE
YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim meninjau persiapan terakhir Belanjawan MADANI Keempat di Kementerian Kewangan, Putrajaya. 9 OKTOBER 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. M

PUTRAJAYA, 9 Oktober – Menjelang Belanjawan 2026, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon supaya pembentangan bajet itu berjalan lancar esok.

“Doakan semuanya selamat, insya-Allah,” kata Perdana Menteri ketika ditemui selepas meninjau persiapan akhir di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba kira-kira 3 petang disambut oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Sejurus tiba, Anwar bergambar dengan pengurusan tertinggi setiap kumpulan yang terbabit dalam penyediaan Belanjawan 2026 di lobi utama Kementerian Kewangan.

Perdana Menteri kemudiannya menandatangani semua dokumen berkaitan Belanjawan 2026.

Semasa tinjauan kira-kira setengah jam itu, Perdana Menteri turut beramah mesra dengan petugas yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2026 di Dewan Utama di lobi Kementerian Kewangan.

Seramai 320 orang terbabit dalam penyediaan Belanjawan 2026 terdiri daripada Bahagian Cukai, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Bahagian Antarabangsa, Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Bajet.

Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada jam 4 petang esok.