PACQUIAO TIBA DI FILIPINA, BAKAL MENJADI CALON PRESIDEN

PACQUIAO TIBA DI FILIPINA, BAKAL MENJADI CALON PRESIDEN

0
SHARE
Manny Pacquiao...

MANILA, FILIPINA – Legenda petinju Filipina yang juga merupakan Senator, Emmanuel “Manny” Pacquiao tiba di Manila dari Los Angeles, California pada hari Isnin.

Penerbangan The Philippine Airlines (PR 103) yang membawa Pacquiao dan keluarganya serta kakitangannya mendarat di Lapangan Terbang Ninoy Aquino International (NAIA) Terminal 2 pada pukul 3:30 pagi, dengan kira-kira 50 hingga 60 penyokong meraikan lawatan beliau di lapangan terbang.

Setibanya di lapangan terbang, Pacquiao beserta keluarga dan kakitangannya terus bergerak pergi ke sebuah hotel di Pasay City bagi menjalani kuarantin kendiri (self-quarantine) selama 10 hari.

Terdahulu, Pacquiao yang kini berusia 42 tahun telah tewas dengan keputusan sebulat suara kepada Petinju Cuba, Yordenis Ugas untuk gelaran kelas welterweight (super) Persatuan Tinju Dunia (WBA) di Arena T-Mobile pada 22 Ogos di Las Vegas, Nevada, yang mana berkemungkinan besar merupakan pertarungan terakhir dalam karier tinjunya.

Dengan kekalahan itu, Pacquiao turun ke rekod 62-8-2 (menang-kalah-seri) dengan 39 kalah mati.

Pacquiao yang juga seorang Senator berkuasa di Filipina telah mengumumkan setelah berjuang melawan Ugas bahawa dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya dalam tinju dan juga karier politiknya setelah satu bulan atau tiga minggu dari sekarang.

“Saya tahu saya dapat mengulanginya jika saya mahu. Saya akan memikirkannya kerana saya tidak percaya salah satu lawan termudah yang pernah saya hadapi melakukannya,” kata Pacquiao dalam sidang akhbar baru-baru ini dengan The Athletic.

Menurut sumber, Pacquiao bakal mencalonkan dirinya sebagai Presiden Filipina pada tahun 2022.