Bergu Badminton Aaron Chia-Soh Wooi Yik Hadiahkan Pingat Gangsa Buat Malaysia

Bergu Badminton Aaron Chia-Soh Wooi Yik Hadiahkan Pingat Gangsa Buat Malaysia

0
SHARE
Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik...

KUALA LUMPUR – Kem badminton Malaysia menghadiahkan pingat buat negara melalui bergu muda lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang merangkul pingat GANGSA Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan sebentar tadi.

Tampil bertenaga dengan slogan ‘Demi Malaysiaku’, kedua-dua bergu negara bermain hingga set penentuan yang mana akhirnya mencatat kemenangan mencatat 17-21, 21-17, 21-14.

Terdahulu, bergu negara Aaron-Wooi Yik kalah kepada bergu Indonesia tersebut dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Beregu badminton Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan…

Untuk rekod, keputusan malam ini menjadikan kemenangan yang kedua yang dilakar Aaron-Wooi Yik ke atas Ahsan-Setiawan selepas mereka bertemu sebanyak sembilan kali termasuk aksi malam ini.